Thursday 29 September 2011

update utk sebelum semalam, semalam, hari ini dan esok [kot]

ok, semalam kpd semalam ialah hari selasa, sepatutnya ada satu kelas je pada jam 6 petang, ok sila bayangkan dari pagi, mood anda adalah mood sedang bersenang lenang dan mood hooray-hooray-bergumbira dan tiba-tiba petang pulak ada kelas dan mood kena tukar kepada oh-indahnya-ini-hari-ada-kelas-pada-pukul-6 petang-sehingga-9 malam. haruslah aku perlu bermalas-malasan kannnnnnnn. jadi dengan berat hati aku memutuskan untuk ponteng kelas tersebut. oh betapa beratnya keputusan ini. kemudian, keesokan harinya, kawan aku yg rajin telah menghadirkan diri ke kelas tersebut dan beliau membawakan perkhabaran 'duka' dimana kelas tersebut telah dibatalkan. dan....... aku rasa oh betapa aku mendapat petunjuk rupanya semalam. kih kih kih. ok alhamdulillah jimat tambang bas.

ok, perenggan baru ini bertujuan untuk bercerita tentang semalam, iaitu hari rabu, hari rabu pulak kelas memang ada satu kelas je, dan kelas bermula pada jam 10:30 pagi. aku terbangun lewat dan dalam keadaan lintang pukang dan tunggang langgang aku bersiap secepat mungkin. sampai-sampai je kat fakulti classmates aku semua berjalan dengan cara melawan arus perjalanan aku. ahhhhh apakah semua ini?!!! oh rupanya kelas telah dikenselkan. dan makanya sehari suntuk semalam tak ada kelas. ah betapa senggang dan lengangnya hari aku semalam. dengan perasaan yg berbaur sedikit gembira aku pulang ke rumah dan sambung tidur semula. oh ya sebelum tu aku pergi mengisi perut di kafeteria yg besar lagi mewah di fakulti ku itu.

perenggan baru lagi, ini update untuk ini hari, hari ni kelas ada dua, 8:30-11:30pagi dan pada 6-9malam. chantek kan jadual aku. ye CHANTEQ SANGAT! [pujian iklas]. seperti kebiasaan kelas hari khamis kat bangunan yg tinggi dan memerlukan aku menunggu giliran utk menaiki lift. oh haruslah aku sayangkan lemak-lemak aku dan tak mungkin untuk aku mendaki tangga. selang beberapa minit masuk kelas, lecturer pun masuk dan memberi senarai kehadiran utk ditandatangan. dan beliau menyatakan yg kelas terpaksa ditamatkan dalam pukul 9pagi. sebab beliau ada mesyuarat. aku dengan hati yg sedikit gembira pulanglah ke rumah dan menyambung tidur semula. sedang enak aku dibuai mimpi ngeri. tiba-tiba henponku menerima satu SMS yg menyatakan kelas pada jam 6petang dibatalkan. dan..............................aku segera merenung waktu, betapa banyak masa yg aku tdah sia-siakan dengan tidur semata-mata dan esaimen aku yg nak kena hantar esok aku belum siap lagi. grrrrrr....

perenggan baru untuk esok hari. esok jumaat, ada 2 kelas, 9:30-12:30, 3-6 petang. esaimen kelas pukul 3petang aku tak siap lagi. ah rasa nak mencarut tapi naluri ke-angel-an aku melarang.

entry sampai sini. babai



p/s : aku rasa nak kerja.

No comments:

Post a Comment