Thursday 29 September 2011

update utk sebelum semalam, semalam, hari ini dan esok [kot]

ok, semalam kpd semalam ialah hari selasa, sepatutnya ada satu kelas je pada jam 6 petang, ok sila bayangkan dari pagi, mood anda adalah mood sedang bersenang lenang dan mood hooray-hooray-bergumbira dan tiba-tiba petang pulak ada kelas dan mood kena tukar kepada oh-indahnya-ini-hari-ada-kelas-pada-pukul-6 petang-sehingga-9 malam. haruslah aku perlu bermalas-malasan kannnnnnnn. jadi dengan berat hati aku memutuskan untuk ponteng kelas tersebut. oh betapa beratnya keputusan ini. kemudian, keesokan harinya, kawan aku yg rajin telah menghadirkan diri ke kelas tersebut dan beliau membawakan perkhabaran 'duka' dimana kelas tersebut telah dibatalkan. dan....... aku rasa oh betapa aku mendapat petunjuk rupanya semalam. kih kih kih. ok alhamdulillah jimat tambang bas.

ok, perenggan baru ini bertujuan untuk bercerita tentang semalam, iaitu hari rabu, hari rabu pulak kelas memang ada satu kelas je, dan kelas bermula pada jam 10:30 pagi. aku terbangun lewat dan dalam keadaan lintang pukang dan tunggang langgang aku bersiap secepat mungkin. sampai-sampai je kat fakulti classmates aku semua berjalan dengan cara melawan arus perjalanan aku. ahhhhh apakah semua ini?!!! oh rupanya kelas telah dikenselkan. dan makanya sehari suntuk semalam tak ada kelas. ah betapa senggang dan lengangnya hari aku semalam. dengan perasaan yg berbaur sedikit gembira aku pulang ke rumah dan sambung tidur semula. oh ya sebelum tu aku pergi mengisi perut di kafeteria yg besar lagi mewah di fakulti ku itu.

perenggan baru lagi, ini update untuk ini hari, hari ni kelas ada dua, 8:30-11:30pagi dan pada 6-9malam. chantek kan jadual aku. ye CHANTEQ SANGAT! [pujian iklas]. seperti kebiasaan kelas hari khamis kat bangunan yg tinggi dan memerlukan aku menunggu giliran utk menaiki lift. oh haruslah aku sayangkan lemak-lemak aku dan tak mungkin untuk aku mendaki tangga. selang beberapa minit masuk kelas, lecturer pun masuk dan memberi senarai kehadiran utk ditandatangan. dan beliau menyatakan yg kelas terpaksa ditamatkan dalam pukul 9pagi. sebab beliau ada mesyuarat. aku dengan hati yg sedikit gembira pulanglah ke rumah dan menyambung tidur semula. sedang enak aku dibuai mimpi ngeri. tiba-tiba henponku menerima satu SMS yg menyatakan kelas pada jam 6petang dibatalkan. dan..............................aku segera merenung waktu, betapa banyak masa yg aku tdah sia-siakan dengan tidur semata-mata dan esaimen aku yg nak kena hantar esok aku belum siap lagi. grrrrrr....

perenggan baru untuk esok hari. esok jumaat, ada 2 kelas, 9:30-12:30, 3-6 petang. esaimen kelas pukul 3petang aku tak siap lagi. ah rasa nak mencarut tapi naluri ke-angel-an aku melarang.

entry sampai sini. babai



p/s : aku rasa nak kerja.

Saturday 17 September 2011

bila kekasih lama muncul kembali. wadehel bebeh


entry yg dah lama siap tapi baru nak post ini hari. oh busuk sungguh bau basi di sini. so what?!

Semalam, sedang I menonton movie di skrin computer raba riba, tiba-tiba telefon bimbit I berdering. Menjerit-jerit meminta I menjawab panggilan. Lalu I mencapai telefon bimbit I yg hanya sekangkang kera saja jaraknya daripada i. I tatap skrin telefon bimbit I yg sedang leka berlagu riang yg cukup memekakkan telinga i. kelihatan nombor entah dari mana-mana yg I tak kenal telah tertera di skrin telefon i. so, I jawab dgn nada tegas dan langsung tiada riak godaan pada nada i. pemanggil di hujung talian menyahut dan ternyata ianya suara seorang lelaki dewasa yg sudah mumayiz. Dan…… I kenal suara itu, suara itu adalah milik bekas kekasih i!!!!!!! jeng! Jeng! Jeng!

“Hah u nak hape lagi tiba-tiba call i? nak mintak pelempang? Ke nak mintak kaki? Boleh I peram lama-lama sikit sebelum bagi kat u.” oh, ye, begitulah ayat pembuka bicara I kepada beliau. Ye, memang sungguh sopan sekali, tidak dapat dinafikan kesopanan dan ketatasusilaan I sebagai penjawab talipon. “dah la tu, jangan la marah-marah lagi. I call nak cakap elok-elok kan ni?” balas pemanggil di hujung talian pula dengan gaya, konon-konon baik dan lemah gemalai ingat I nak tergoda?! Ceh porah! Dan I pun membalas kata beliau begini, “dah tu u ingat I nak cakap macam mana dgn u? cakap elok-elok? Oh stupid u essol!” hah haruslah I jawab dengan makian dalam bahasa omputeh kan, baru la cool. Baru la rasa ekselento. Ye dak? Kah kah kah.  si dia pula membalas, “u ni kenapa? Tak boleh cakap elok-elok ke? U maki-maki I, ada I maki u balik? Tak da kan? Tak boleh ke cakap elok-elok?” dengan nada yg konon-konon baik dan penuh suci tanpa debu-debu dosa si jantan dogol itu menjawab balas percakapan i. disebabkan I dah mula rasa menggigil satu badan dan mula rasa sejuk dan kebas-kebas di hujung tangan dan kaki I, makanya I cuba mengawal kemarahan I sedikit. Sebelum puasa I batal, makanya I cuba utk bercakap elok-elok.

Ah lelaki gebret! Hapahal seyh nak call I segala ni?! ingat I suka? Ingat I teruja? Oh, sememangnya I sedikit teruja utk memaki beliau. So, I fikir mesti dia tengah bosan sb tu tiba-tiba cari I semula. Ye! I memang tak boleh nak bersangka baik dgn mana-mana lelaki yg penah buat I frust menonggeng tegolek tebongkang. Agenda beliau call I sebab nak mintak mahap dan nak I kembali ke pangkuan beliau. Ah ingat I ringan ke nak pangku-pangku i? fakin idiyet la u ni.

Dengan mintak maaf hang ingat semua masalah boleh selesai macam tu ja? Dengan mintak maaf hang ingat kenangan-kenangan pahit tu semua aku boeh lupa macam tu ja? Maaf memang senang nak cakap sb tak guna modal pon. Paling dak pon topap seploh hengget hang habes. Ah hang ingat tu semua berbaloi ke? Hang ingat hang duk menangis kat aku, semua benda boleh balik semula macam dulu? Sebelum hang nangis hari ni, ada hang pikiaQ dulu hang buat aku nangis macam orang gila ada hang pikiaQ perasaan aku? Hang ingat setakat hang dah perabeh topap hang yg tak seberapa hengget tu, aku boleh terharu? Setakat modal ayaQ liur hang, hang boleh nak menagih simpati taik kucing hang tu? pasaipa dulu waktu hang tinggal aku macam tu ja hang tak pikiaQ perasaan aku? Pasaipa sekarang hang nak menagih simpati kat aku? Pasaipa sekarang hang mintak aku pikiaQ perasaan hang?

Hang tau dak, kalau hang ada depan aku la ni, aku memang nak tendang kote hang bagi esok-esok hang kawen tayah ada zuriat. Bagi hang rasa sakit sampai hang tak mampu nak kata apa pun. Hah tu pun aku belum puas hati. Puuuiiiihhhh!!! Aku nak ludah muka hang tau dak?


kemra besaw dan mulut besaw


entry yg lambat di post. oh sungguh bau kebasian. cet!

Tak sangka dan tak pernah termimpi pun akan dapat bertentang mata dengan Robert Petinson. Apa tah lagi dalam keadaan yg sangat mamai dan penuh mamun! Hah bayangkanlah betapa selekehnya keadaan yg sarat dengan taik mata, air liur yg ala-ala nak kering tapi masih lembab-lembab bak bunga dititisan embun di pagi hari. Tapi, demi Robert petinson aku gagahkan juga mata ni untuk berjaga dari lena utk melihat sejauh mana, yg ini semua bukan lagi mimpi tetapi kenyataan! Reality! Sungguh-sungguh! Betol-betul tak tipu yg Robert petinson betul-betul ada depan mata aku sebab…………………………………………………………………………………………………………..aku tak shut down laptop masa tengok cerita TWILIGHT 15 minit yg lepas dan tak sedar bila aku terlelap. Ah bising dengan suara bella swan yg memekak mengganggu tidoQ aku. Dan aku klik pada butang ‘stop’ di windows media player.  “essol! Ah berambus kaw bella” jerit hati kecil ku.

Ok, sekiannnnnnnnnnnn….mukadimah.

Ok, rasa nak taip entry untuk hari ni. Dewasa kini ramai sungguh yg menggunakan DSLR sbg medium utk menangkap gambaQ. I adalah antara orang yg memiliki DSLR. Dan I bukan nak cerita pasal rasa betapa megah dan terujanya bila dapat memiliki DSLR. TIDAK LANGSUNG! ni Cuma nak cerita tentang betapa DSLR adalah pemangkin kepada beberapa persepsi daripada orang sekeliling. Orang sekeliling yg mempunyai atau tidak mempunyai DSLR. Apakah persepsi yg timbul? Ok mari kita terjah!!!! [gila babeng melodi sungguh ayat ini]

Persepsi 1 : Lelaki yg ada DSLR girl friend mereka pastinya HOTtaik
Ok, persepsi ini wujud adalah terbukti bila mana, salah seorang kawan I telah mengeluarkan ayat “weh, aku bukan apa la, tapi ko perasan tak? Lelaki yg ada kemra beso-beso cenggini [merujuk kpd DSLR] awek dyeorg mesti chanteQ-chanteQ weh, tadenye yg kembang semangkuk macam kita ni” ok, ayat ‘kembang semangkuk macam kita ni’ adalah SANGAT-SANGAT merujuk kepada I dan dia[kawan I yg cakap tu] walaupun agak biadap disitu tapi itulah persepsi yg telah diwujudkan oleh kawan I tu. kah kah kah, kojaQ hang nih cakap kita kembang semangkuk. Kita kembang da taleh nak masuk mangkuk lagi dah. Wakakaakaka. Bila I Tanya kenapa cakap macam tu? dan dia pon cakap la, yela, takdenye la depa ni yg ada kemra besaQ ni nak hamek gambaQ yg tak lawa kan, mestilah yg jadi model utk gambaQ-gambaQ depa haruslah awek yg cun melecun. Dan seharusnya mereka mempunyai awek yg cun itu.

I kata : sayangku, u nak tau tak, sedikit sebanyak I setuju dgn persepsi u tu, sb I ada beberapa orang kenalan lelaki yg mempunyai kemra gedabak ni, dan GF dyeorg memang chanteQ. TAPI, ketahuilah kawanku, pada I, kemra besaQ yg harga beriban ni, kalau tak dapat rakamkan detik-detik yg manis bersama yg tersayang dan hanya dibuat merakam detik-detik gedik  bersama yg terchanteQ maka ianya bukanlah membawa erti apa-apa pon. Tapi dak la kata, tak buleh hamek gambaQ kekasih yg cun melecun tu, tangkap la berapa banyak nak tangkap gambaQ depa, ni Cuma kata-kata seorang I kepada kawan yg sangat-sangat ‘merendah diri’ seperti kawan I itu.

Persepsi 2 : depa ni mesti pandai tangkap gambaQ

Yang ni, I agak biasa dengarlah jugak, ramai je diantara kawan-kawan I yg agak teruja bilamana mereka tahu seseorang itu mempunyai DSLR. Disebabkan kebiasaanya kat Negara kita ni yg ada kemra besaw cenggini adalah daripada kalangan jurugambar yg kita selalu tengok kat melodi yg selalu menyerbu artis-astis yg baru keluar daripada mahkamah syariah, so persepsi ini timbul. Yela, bila kita tengok kat sokkaba [news paper] gambaQ artis baru keluar mahkakmah syariah kan macam ala-ala gila la stylo gambaQ depa ni, sb macam oh-pelis-no camera-pelis. Tak gitu? Tak pun, bila depa tengok orang yg heret DSLR kemana-mana ni kan mereka kelihatan seperti i-baru-habes-potoshut-ni. kan ke sesi potoshut tu agak stylo bila disebut. Lagi satu, taim nak hamek gambaQ ramai-ramai, kawan-kawan mesti kata, “ok hang tangkap la gambaQ kami, sb hang ada DSLR mesti gambaQ hang tangkap chanteQ gila babis”.

Ni pengalaman I, ada satu hari, I dgn kawan I pergi bercuti, then kami pergi jalan-jalan kat pantai, ada lah sekumpulan remaja lain yg bersiar-siar dipantai waktu tu, dan depa duk sibuk tangkap gambaQ, sama lah macam kami. Salah sorang daripada depa tu, ada kemra DSLR then kawan I pon tiba-tiba bisik kat I : “hah u tengok tu, mesti dia memang pandai tangkap gambaQ, siap letak kemra kat atas peha nak tangkap gambaQ”

I kata : oh kamon men! Kalau dah ada kemra mesti lah kita nak cuba pelbagai gaya dan sudut utk dapatkan gambaQ yg menarik. Dan tak perlu tunggu hang ada kemra besaQ nak bagi hang pandai tangkap gambaQ, sb ada ja pemilik DSLR ni tangkap gambaQ kadang-kadang tak jadi. Salah sorangnya, i. wakakakaka. Pada I, semua orang pandai tangkap gambaQ, semua orang! Sebab tangkap gambaQ ni la benda paling senang. hang tekan ja punat apatataulahnamadia tu. klik! Then dapatlah gambaQ yg hang tangkap tu. TAPI, tak semua orang bertuah utk mendapatkan gambaQ-gambaQ yg chanteQ, beremosi dan apa-apalah lagi yg menunjukkan betapa berseninya gambaQ yg diambil oleh seseorang tu. tak semua orang dapat menghasilkan gambaQ yg boleh membuat orang yg menatapnya terpesona. setiap manusia pandangan mereka berbeza, sb tu kadang-kadang ada orang tangkap gambaQ burung tengah makan dan hasilnya Nampak biasa ja, tapi ada orang lain tangkap gambaQ burung sedang makan hasilnya pula Nampak menarik dan mampu menghuraikan seribu satu makna disebalik sekeping gambaQ. Apa pun, jangan gibab okeh utk dapatkan gambaQ yg menarik.

ok, I ada sorang kawan yg berbakat dalam menangkap gambaQ yg menarik dan chanteQ. TAPI dia takdak kemra besaQ ni, dia selalu pinjam I punya kemra, so kat sini dah buleh Nampak yg, semua orang pandai ja nak tangkap gambaQ, tapi utk menghasilkan gambaQ yg chanteQ dan bermakna tu tak semua orang ada bakat cenggitu dan tak semestinya, hang ada kemra besaQ hang memang orang yg pandai tangkap gambaQ. Tapi apa pun, minat tu yg penting. Dan lagi satu, memanglah kemra cenggini ada beg khas dia, selalunya memang agak stylo bila digayakan. Kah kah kah. So pelissssssssssssss jgn kata “ah gaya nak menunjuk ada kemra besaQ ja lebih”. Or else, I’ll show u my middle finger! Watcha!!!

Kpd kawanku : sayangku, u tak perlu risau ok tentang kecantikan gambaQ, momento kita bersama ja sudah cukup utk menjadikan gambaQ tu penuh makna. Yg penting, setiap kali nak haplod kat pesbuk, haruslah menghaplod gambaQ kita yg Nampak kurus. Wakakakaka.

Persepsi 3 : gambaQ dpd kemra besaQ pastinya lebih menarik!

A : weh tolong tangkap gambaQ kami *sambil menghulurkan kemra kompek kpd C*
B : weh hang ada kemra DSLR kan? hang tangkap lah guna kemra tu, lagi style doh
C : errrr…ek?

I kata : apekehey nye yob? Kalau si kawan yg tangkap gambaQ tu tangan duk terketaQ-ketaQ macam kena Pakinsen hang tangkap gambaQ guna kemra harga beriban camna sekali pon gambaQ hang tetap macam ju-on okeh.



Ok, tau-tau je da panjang lebaQ I taip. Entry tak best ni sampai sini, babai.

p/s : waktu sahur yg sedang terdengar abang dgn kakak ipaQ I bergurau senda. Hak eleh. Cet!

skodeng yg syok banget

sedang aku leka meng-on line kan diri kat dalam bilik, tiba-tiba lisa (housemate saye) berteriak dan memanggil-manggil aku supaya segera datang ke biliknya. "oh pastinya, ada jejaka hot yg menarik perhatian lisa di kedai mamak bawah ni" bisik hati kecil ku. sememangnya beginilah rutin hidup aku di rumah sewa ni, selain mencuci mata melihat pasangan-pasangan yg berdating di kedai mamak, mengintai anak teruna orang dari balik jendela kaca juga menjadi rutin. 

setibanya aku dibilik lisa, namun sangkaan aku meleset, ku sangkakan lisa mahu menunjukkan jejaka kegemarananya tetapi dia meminta aku untuk memerhatikan salah sebuah rumah yg berhadapan dengan tingkap dibilik lisa. dan setelah aku amati dengan penuh ketekunan yg tiada tolok bandingnya...............ohhhhhhhh my GOD!!!!! seorang lelaki dan seorang perempuan sedang memadu asmara dibilik mereka tanpa langsir. oh man! rejeki jangan ditolak. kah kah kah. dan makanya, setelah itu baru aku sedar tak perlulah bersusah payah lagi utk mendonlod porn movie di internet jika porn itu dapat di tonton secara live!!!! ah dunia. dunia. ahahahhaha. adoy laaaaaa. 

kepada inche jiran tetangga, i harap u beli lah kain langsir supaya i tak mencemburui kenikmatan dunia yg u olllsss dapat rasai. silelah berhati perut sedikit. huwaaaaaa!!!! ahahaha woiiii sangap ke hape nih nak jeles lebih-lebih?

p/s : elok-elok tak ada hiburan, sekali dapat hiburan...HAH hamek kaw. kaw kaw punya hiburan aku dapat. cinabeng sungguh!

dasar tak ada hiburan


Bangun tidur je dah terlajak pukul 10 pagi. Subuh terlepas. Oh dasar ahli apakah aku ni? cinabet! Perangai busuk.  Dengaan perasaan yg rasa sungguh-sungguh berdosa, aku berbaring semula ke tilam. Merenung jam di henfon ku. Mengenangkan betapa aku sungguh rugi sb tertinggal subuh tadi. Ah loser! Tenung punya tenung henfon tu, lama-kelamaan aku tertidur semula. Ah berhhhhhh dan aku bermimpi lagi. Ok ahhhh itu tidak menunjukkan aku sedang bermimpi basah ok. Ianya menunjukkan mimpi yg sedang-sedang enak saja. Hoyeh!!! Ahahaahaha woiiiii sangap ke hape nih.

Sekiaannnnnnn…mukadimah

Macam biasa la, setiap kali bangun tidur je rasa tak best yg menggunung segera menyelubungi diri. Oh tuhan, kau segerakanlah tempoh 2 tahun setengah ni berlalu dengan pantas. Bosan tanpa Aza. Dan macam biasalah, aku rasa Aza ok je kot tak ada aku. Ahahaha. Tapi hari tu dia cakap dia pon rindu kat aku, rasa tak best tak ada aku. Ahhhhhhhh dah macam berpacaran pulak aku dengan Aza. Ah memang la aku macam ni dengan kawan-kawan, sb aku tak ada boipren tu yg rasa kehilangan lebih dirasai. ah benci la.

Ok lepas aku tertidur buat kali kedua selepas terjaga buat kali pertama utk hari ni, aku terjaga semula pada jam 2:00 petang, ah hebatkan aku, sb tu aku tak ada boipren, kalau nak ajak dating memanjang kensel sb aku tidur tak hingat dunia. Ah loser nye! ok, bangun-bangun je segeralah aku membersihkan diri dan menghadap kekasihku yg satu dan dengan segala perasaan aku bersujud pada DIA. Segala rasa tak best aku luahkan pada DIA. Segala keinginan aku luahkan dan mintak pada DIA. Oh maha hebat dan maha kaya sungguh kekasih ku yg satu itu. tapi aku yg kadang-kadang leka dengan perintah DIA. Oh berubahlah hatiku sayang.

Disebabkan hari ni hari sabtu dan tak ada kelas, makanya semua housemate aku balik rumah masing-masing. Oh betapa bosan ok rumah sewa ni tanpa Aza.

p/s : kalau kita makan Maggie tiba-tiba orang cakap “makan Maggie, kesiannye..” apakah perasaan anda ketika itu? rasa terhinakah? Atau rasa apakah?

atok kepsi


Rumah sewa sem ni aku dapat kat area pusat komersil seksyen 7. Siap atas restoren mamak lagi. Kang malas-malas nak turun beli makan, aku humban je baldi hijau dalam toilet tu mintak mamak tu letak makanan aku kat baldi tu pastu aku tarik naik atas guna tali. Kemain kretip lagi kan. Tu la untung jadi makhluk pemalas ni, ada je idea kretip manjang. Kah kah kah. silalah jeles dengan kebijaksanaan aku sekarang ini. Hahahha. Ok, fine! tak kelakar la bapok.

Sekiannnnnnnnnnn… mukadimah di atas.

Aku bosan, tatau nak buat apa, nak online takdak berokbeng. Yela berokbeng aku telah disekat kerana tak pegi bayar lagi. Ah babis la kannnnn. Nyampah la bila bercerita pasal hutang piutang ni. macam loser gile aku rasa. Ah babi lagi! Ok meh la dengar aku cerita pasal bilik aku kat rumah sewa baru ni.

hmmm ok, rumah ni ada tiga bilik tidur berserta 2 bilik air/bilik mandi/bath room. Aku dapat bilik yg tak attach sekali dengan bilik mandi tak macam rumah sewa lama yg dulu. Tapi tak apa sebab rumah ni bersih, tak macam rumah lama dulu macam cilake sikit, sb bila aku pergi dapur banyak bebeno lipas-lipas yg Berjaya beranak ramai-ramai. Babeng punye lipas! Puuuuiiiihhh!!! So rumah baru ni best sb bersih. Bilik yg aku dapat ni kena duduk 3 orang, so aku agak bersoSIAL la dalam bilik ni. tapi macam biasa la aku kan memang tak berapa nak mesra alam kan, so tak ada la social sangat nye pun. Biasa la baru kenal, aku memang tak pandai nak borak sangat. So aku memang Nampak MACAM baik. Dan aku bangga dengan keadaan ni. kah kah kah. babi la kan… ok, kedudukan ruangan tidur aku pulak bersebelahan dengan tingkap, dan tingkap tu pulak berdepan dengan jalan raya dan shell. so bangun-bangun je tidur, aku umpama seorang repunzel versi debab yg duduk ditepi tingkap sambil mengibar-ngibarkan rambut aku yg dah ghope hantu kak limah baru bangun tidur, sambil cuci mata melihat lelaki-lelaki yg kelihatan hensem dan macho dari jarak jauh. Kah kah kah. sungguh la gigih mencuci mata yg penuh taik mata tu kan. Jadi, aktiviti baru aku kat rumah sewa ni adalah mengintai pelajar-pelajar lelaki dari jendela. Kemain sopan dan santun aktiviti aku kannnnnn. Ahhhh bahagia. Ahahahah. Babi la sangap ke hape! Ah takde boipren biasa lettew, perasaan miang yg tadapat dibendung lagi. So what?! Contohnya tadi, sebangkitnya aku dari tidur jam elok saja menunjukkan pukul 1.05 minit tengah hari, dan aku selak langsir tingkap dengan penuh ghairah utk menyedarkan mata aku yg aku tidak patut utk meneruskan tidur aku lagi, dan aku gagahi mata ini utk meliar mencari jejaka-jejaka yg mampu menyegarkan biji mata aku. Akhirnya mata aku mendarat pada seorang jejaka yg menunggang motor dan dalam pakaian baju T dan berkain pelekat, oh sungguh seksi beliau pada pandangan mataku ini. Ah alangkah bahagianya aku jika beliau adalah kekasih ku. Elok sungguh pekertinya, jam 1:05 petang sudah bergegas ke masjid utk menunaikan solat jumaat dan aku pula baru bangkit dari tidur, oh alangkah secocoknya kami. Ah bahagiakan bila berangan. Selera nak stok-stok yg iman penuh di dada tapi aku ni harapkan dada je penuh semangkuk laksa large set punya. Ah itu semua aset! Aku tak boleh memandang rendah kepada aset ku sendiri.  Oh jauh sungguh melencong cerita aku, ok sambung balik. Hmmm, tingkap aku ni berdepan jugak dengan fast food restaurant, hape lagi kannnnnn kepsi dengan pizza hut la. So tiap-tiap malam tidurku berteman atok kepsi yg sentiasa tersenyum disebelah topi merah pizza hut. Takde hiburan. Bila tengok bawah, penuh dengan kepulan asap-asap shisha.

Ok, entry sampai sini. Babai……………………………………………………………………………………………………….

p/s : saye rindu diri saye yg dulu :-(

berubah


Entry ni aku taip tengah-tengah malam. Arghh! Dalam keadaan yg tak tenang dan hati yg penuh berkecamuk. Mata dah sembab sb baru lepas nangis. Aku nangis? Grrr.. macam cilake je kannnnnn. Dah la tak ada kredit. Nak call siapa-siapa pun tak boleh. Babi la!

Ok, seperti yg sedia maklum, Aza dah pergi UM. Nak tak nak, dan sedikit sebanyak, kegembiraan aku seakan-akan direntap sekali dengan pemergian dia ke UM. Ah babi! Ayat pun nak stok syahdu yg penuh kemautan. Babi babi babi! Kalau yg pernah kawan dengan aku, memang sedia maklum lah yg aku ni sangat-sangat suka gelak, ayat stok-stok biadap tak hingat dunia. Dan ada je kawan-kawan yg jadikan aku umpama tempat hiburan. Ah babi dan cinabeng sungguh bunyik nye kan. Bukan la kata aku ni macam taman rekreasi yg menjadi tumpuan utk manusia sejagat melepaskan tekanan dengan mengharapkan aku dapat membuat mereka bergelak tawa. tapi aku Cuma nak cakap aku jenis yg kelakar jugak la bila kena tempat, cara dan masa. Tapi tu lah, orang kata aku best, sb kelakar, sb mulut macam cilake tanpa ada rasa malu. Aku tak pernah rasa aku best. Sb aku banyak kekurangan. Orang lain ada problem boleh je buat muka masalah Negara sepanjang masa yg dia orang suka. Tapi aku, bila aku buat muka macam ala-ala sedih je, semua jadi menjauh dengan aku, semua tak nak dekat dengan aku lagi. Babi kan. Aku tak mintak untuk disimpatikan. Tapi aku Cuma tak boleh terima bila aku pernah mengaku yg orang-orang macam tu kawan aku. Padahal nak kawan dengan aku Cuma bila aku ketawa, bila aku mampu buat dia orang ketawa. Sedih kan. Puuuuiiiihhh! Aku tak pernah rasa macam ni dengan kawan-kawan. Aku sejak dua menjak ni, memang tak mampu nak buat kelakar, tak mampu nak gelak dengan sepenuh hati. Tak mampu nak sentiasa senyum dengan ikhlas. Aku sekarang ni tengah buat-buat macam tak ada masalah. Macam tak sedih. Memang best sangat la sekarang ni. best macam sial. babi la! Aku tak sabar nak habis belajar.

Yang tak semua orang boleh terima aku macam kau terima aku. Best tak best aku memang kau je boleh Nampak. Yang………………………………………………………………………