Saturday 17 September 2011

dasar tak ada hiburan


Bangun tidur je dah terlajak pukul 10 pagi. Subuh terlepas. Oh dasar ahli apakah aku ni? cinabet! Perangai busuk.  Dengaan perasaan yg rasa sungguh-sungguh berdosa, aku berbaring semula ke tilam. Merenung jam di henfon ku. Mengenangkan betapa aku sungguh rugi sb tertinggal subuh tadi. Ah loser! Tenung punya tenung henfon tu, lama-kelamaan aku tertidur semula. Ah berhhhhhh dan aku bermimpi lagi. Ok ahhhh itu tidak menunjukkan aku sedang bermimpi basah ok. Ianya menunjukkan mimpi yg sedang-sedang enak saja. Hoyeh!!! Ahahaahaha woiiiii sangap ke hape nih.

Sekiaannnnnnn…mukadimah

Macam biasa la, setiap kali bangun tidur je rasa tak best yg menggunung segera menyelubungi diri. Oh tuhan, kau segerakanlah tempoh 2 tahun setengah ni berlalu dengan pantas. Bosan tanpa Aza. Dan macam biasalah, aku rasa Aza ok je kot tak ada aku. Ahahaha. Tapi hari tu dia cakap dia pon rindu kat aku, rasa tak best tak ada aku. Ahhhhhhhh dah macam berpacaran pulak aku dengan Aza. Ah memang la aku macam ni dengan kawan-kawan, sb aku tak ada boipren tu yg rasa kehilangan lebih dirasai. ah benci la.

Ok lepas aku tertidur buat kali kedua selepas terjaga buat kali pertama utk hari ni, aku terjaga semula pada jam 2:00 petang, ah hebatkan aku, sb tu aku tak ada boipren, kalau nak ajak dating memanjang kensel sb aku tidur tak hingat dunia. Ah loser nye! ok, bangun-bangun je segeralah aku membersihkan diri dan menghadap kekasihku yg satu dan dengan segala perasaan aku bersujud pada DIA. Segala rasa tak best aku luahkan pada DIA. Segala keinginan aku luahkan dan mintak pada DIA. Oh maha hebat dan maha kaya sungguh kekasih ku yg satu itu. tapi aku yg kadang-kadang leka dengan perintah DIA. Oh berubahlah hatiku sayang.

Disebabkan hari ni hari sabtu dan tak ada kelas, makanya semua housemate aku balik rumah masing-masing. Oh betapa bosan ok rumah sewa ni tanpa Aza.

p/s : kalau kita makan Maggie tiba-tiba orang cakap “makan Maggie, kesiannye..” apakah perasaan anda ketika itu? rasa terhinakah? Atau rasa apakah?

No comments:

Post a Comment