Thursday 18 August 2011

alahaiiiiii

hari ni jumaat kan, mak i cuti. ada kat rumah. alaaaaaaa lapaQnya. nak melantak!!!!!!!! gggrrr lapaQ!

Wednesday 17 August 2011

oh betapa syuga dunianya dikala ini

sekarang jam menunjukkan 0511 pagi. aku tak tidoQ dari jam 2358. hamende la yg aku galak sangat buat sampai tak tidoQ kan? menonton video porno kah? ataw sekadar melayan mata yg berkedip-kedip umpama kelip-kelip ku sangka api, kalau api manakan pula sumbunya. ah babeng. merepek setan. aku tak ada la sampai tak tidoQ aku tidoQ sebelum aku terjaga jam 2358. dan aku tak adalah buat apa sangat, yg aku buat hanyalah berjalan-jalan tanpa menggunakan kaki di blog-blog orang lain. dan....aku bahagia. hahahaha. bagai madah pujangga pulak perkataan bahagia disitu. ada satu blog ni, aku sedang berusehe nak mengkhatamkan entrynya. nampak sangat membuat perkara yg lagha di bulan ramadhan yg mulia ini. lahaiiii, tapi bukan ke, mencari ilmu itu ada di mana-mana walau harus sampai ke negeri cina pon sila lah gagahi jua, dah tu ni tak yah sampai ke negeri cina pon, aku cuma baca blog je. mencari secebis dua ilmu kehidupan yg takdak di ajar di sekolah-sekolah berasrama penuh ataw sekolah-sekolah teknik. dan ianya ada di dalam blog.

ok sekian................mukadimah.

sebenarnya takda la pon aku nak cerita pasal blog yg aku baca tu, tapi, tak cerita tak bermakna blog itu tak sedap atau tak horny utk di baca. tetapi ianya sungguh lazat utk dihabiskan pembacaan. cinabet ayat cam keling mabuk! ok senang cerita, aku suka la blog tu. gila teruja nak baca bagi abis kan. ahhaha.

berhubung dengan tajuk entry ini, aku nak cerita la yg betapa syurga dunianya bila mengenangkan yg kejap lagi orang semua pegi kerja dan aku sorang-sorang kat rumah, makanya aku boleh makan sesuka hati aku. sebab aku dapat cuti. wowowowowwowowowowowowowowo hebatnya aku hari ni, semalam, semalam, dan semalamnya. boleh la aku buat apa-apa pun tanpa menghiraukan perasaan haus atau dahaga atau kebuloQ. dengan bila-bila masa dan dimana jua di segala pelusuk rumah ini aku boleh makan dan minum dengan bebasnya. akakakkakaka. oh rumahku syurgaku sungguh! 

bila baca balik yg aku da taip, ah babunTOT! tak penting langsung benda-benda cenggini dibuat entry. bukan boleh buat pedoman pon. haiiiiilaaaaaa. nak mampos dah layan kebosanan ni. 

p/s : takdak napsu selera nak beraya.

Tuesday 16 August 2011

nak buh tajuk apa ni hah?


ok, da berapa hari da aku tak buat entry, lama dah rasanya. Keh keh keh. ade orang baca ke takdak ke, ah lantak. Da tak kisah da pasal followers. Tapi pada followers yg ada tu tayah la pulak nak tinggaikan diriku kesepian kegersangan di blog yg gersang kering kontang bagai hidup segan mati tamau ni.

apa je la kan aktiviti aku yg macam takdak life ketika cuti semester 4 bulan ni? masa awal-awal cuti dulu ada lah jugak pegi beronggeng cuti-cuti satu Malaysia dengan kawan i. berjalan habes tak hengat dunia. Duk pergi merantau ke negeri orang [hamboi kemain umpama musafir di angin lalu je ayat],  tinggai pulak kat hotel kat chalet macam tak hengat ada rumah kat kampong. Dah lupa daratan dan asal-usul sekejap bila I pergi bercuti-cuti nih. Yela. Dah nama pun bercuti, cuti la jugak daripada pikiaQ asal-usul. Lupa diri kejap. Ahahahah. So what?! Hamek senapang pi kawat!

Bila cerita pasal bercuti ni memang la seronok ye dak, tu tang bercuti, pergi jalan-jalan memang la seronok tahap tak hingat apa pun. Tapi lepas habis percutian hah hape jadik kat life aku?????? Hah bermula lah hari-hari yg BEST dalam hidup aku kannnnnnnnn. Arghhhh seksa ok nak taip perkataan BEST tu.  ok konon la nak carik duit lebih cuti 4 bulan ni, so lepas seminggu membongkang kat rumah lepas habis pegi jalan-jalan bagai, aku dgn tekedek-kedeknya pergilah merayu kat tokey-tokey besaw mintak keje. Setelah letih menipu tokey sana sini yg aku adalah seorang yg bukan sedang belajaQ lagi, [yela mane ada org nak hamek budak sekolah kerja ye dak?] aku pon dapat lah memegang jawatan sebagai seorang minah kilang. Ok, sapa kata kerja kilang senang, sapa kata minah kilang, balak-balak kilang low class, perrghhh sapa kata camtu? Meh sini aku tunjal kepala hampa. Hahahaha macam aku berani kan. Yela tapi betul la minah kilang ngan mat-mat kilang ni hebat jugak hampa tau dak. Depa ni kalau bab benda-benda henpon ni semua, hamboiiiii semua duk nak pakai yg hat-hat canggih ja. Aku ni ja yg pakai hat yg cabuk tahap telipon CSL tu hah. Tu belum cerita bab kelengkapan diri yg lain tu, seperti kasut dan jam tangan, yelah nak kata baju tak lah kan, sb kerja kilang ni semua baju sama, takdak lah tetiba aku Nampak ada yg pakai baju jenama hensem hensem. Ahahahah [nak bg contoh brand hebat pon aku tatau].

Cara depa kerja pulak, toksah cakap lah, memang cekap la kan, kendali segala mesin jadah babeng tu semua yg aku pon cam rasa nak menyumpah tiap-tiap kali pergi kerja. Babeng punya mesin! Awat hang tak mesra alam susah kemain nak handle. Babis! [okeh, puas!]

Oke, bab teknologi talipon, bab penggayaan pesen dan kerja, depa memang boleh dibawak majlis la kan, tapi bab yg aku memang dari awal masuk sampai la aku berhenti kerja adalah bab depa yg suka pilih bulu kalau nak berkawan, siap macam ada kasta diantara dua darjat pulak. Yg tahap macik-macik wajah penuh dgn cahaya ke-mak cik-kan depa ni okeh, depa nak jugak bertegur dengan orang-orang lain walaupun tak sama department. Tapi hat-hat yg macik-macik perasan anak dara bergetah tempe ni yg ta tahan nak pandang lak aih. Okeh, aku tau lah kerja kat kilang ni, ramainya memang anak-anak muda yg lepasan sekolah. Memang lah tiap-tiap hari hang duk berkawan, bergaul, bercumbu dan bergomol dengan depa. Aku pon tak kisah lah hang nak pakai pesen macam mana pun, aku tak kisahlah hang nak pasang bodi hang macam mana pon, sb aku pun suka ja nak tengok orang yg pandai jaga keterampilan diri walaupun umoQ da tua. Yela takdak la sakit mata kalaw tengok kat hang kan macik. Tu semua memang sedap la mata memandang. Tapi yg tak sedapnya tu bila hang duk pum pang pum pang macam la hang yg paling lawa kat kilang tu. tak habis lagi tu, hang duk pandang wanita-wanita yg sebaya hang yg lain macam la depa tu perkara yg menjijikan kat biji mata hang. Siap duk cakap orang lain tua, yg hang tu apa? Cet! Lahaiiii suka hati hang la macik. Cewah, da sedap mengata baru cakap ;suka hati hang la macik’. Kah kah kah. so what?!

Ok, aku adalah manusia yg sangat pendiam la kan bila berada disekeliling manusia-manusia yg aku tak rasa selesa utk bercakap. Aku akan bercakap perkara-perkara yg penting je bila dalam keadaan cenggini. Aku bukan jenis yg mai-mai sehari dah boleh melawak dgn orang keliling. Aku ambil masa utk menjadi cik bedah mulut sangap nak mengepohkan diri. Jadi, aku lebih selesa jadi pemerhati dan lagi best aku berangan sorang-sorang. anti social kah? ah lantak. Ok nak dijadikan cerita, setiap kali masa rehat, aku akan rehat sekali dengan minah-minah yg ada kat department aku, ade sorang kakak ni, wajah sopan bak gadis muslimah sejati, memang gaya-gaya pilihan hati mak mertua la. Dan memang dah kawen pon. Tapi yg aku ta tahan nak tadah telinga bila dia bukak cerita diranjang bersama suami terchenta. Adoyyyy la kannn. Mula-mula aku ingat ianya adalah perbualan biasa bagi para-para isteri di tempat kerja. Tapi bila aku tengok orang lain tak hamek port sangat apa yg dia cerita aku jadi cam pelik, kenapa tiap-tiap kali bercakap mesti nak cerita kisah dia diranjang. Adoyyyyy laaa. Aku da la tak kawen lagi. Jeles okeh! Tergugat rasa hati ini. Tolonglah paham. kah kah kah. satu hal lagi kakak ni kalau tengok aku macam nak telan, agaknya dia Nampak aku macam ayam kepsi kot. Tak pon dia tengah sangap dan aku yg terpandang dia. Ahahahah. Yela aku kan ke pendiam so dia ingat aku menyombong lettew. cet! Hang pon pandang aku cikai semacam. Da la sangap tak bertempat stress okeh tiap-tiap malam kena dengar adegan ranjang dia. Ah bencik! Oh ye, aku kerja shift malam, so sb tu la aku kata tiap-tiap malam dengaQ cerita dia.

Ok, kesimpulannya aku kerja sebulan je dekat kilang tu sb aku tak larat nak guna menatang babeng microskop tu. cipanzi! Saki mata aku, penin-penin lalat aku tauk! Dah tu mesin tu pulak tak paham-paham lagi aku nak handle, ah malas nak beratkan kepala otak. so, aku quit! Yela aku kan memang tak tabah pon.

Lepas dah tak kerja pulak, hidup aku bertambah lagi lagi lagi BEST! Babeng apa yg bestnya, duk online manjang, paling bizi pon aku tolong kemas rumah, cuci baju, tolong masak. Alahaiiiiiii kannnnn. Aku memang nak naik gila dah ni. tapi kang dah naik semester nak ngadap cabaran di alam belajaQ pulak. Adoy laaaaa. Tabahlah wahai cik saloma. Anda boleh!

ok entry annoying sampai sini. babai

Friday 12 August 2011

comolot

Di suatu petang yg damai, di hiasi sepasang kekasih yg sedang berdating dan...........











soalan : seandainye anda adalah sang kekasih yg mintak nak comolot tu, makanye, anda akan..............................[sile isi tempat kosong]


entry sampai sini, babai

Sunday 7 August 2011

apa nak jadik kaw ni hah

masalah yg kupikirkan remeh padahal rumit. cet! thai yik kuching! 

hadoyyy laaaa, umoQ da 22 lesen kereta pon takdak lagi. masalah tau tak?! masalah! moto jangan cakap la, memang aku hamek lesen dalam mimpi je la kan. bawak sejengkal aku brek, bawak sejengkal aku brek. hah memang hebat sangat kannnnn!

tolong ajarkan saya memandu! sampai bila saya kene naik pacik rapid KL dan bas kale oren kat sini. saya ta suke bau ketiak pacik negro MASAM tau tak?! masam! bekeladak! boleh muntah 3 round sambil guling2 tauk! [apa pesen banyak sangat tanda seru ni? ah lantak]

woi cik saloma hang sedaQ diri sikit, sampai bila nak naik bas, nak naik teksi? umoQ da tua tapi takdak lesen lagi. gggrrrrrr..

p/s : tilam takdak utk bilik sewa baru ni, hah bagos la, memang aku hangkot tilam naik bas. ggrrr

Friday 5 August 2011

jom NIKAH



errr...mahapkan saya, kerana 'kekiutan' hidung mempelai di atas.
 hidung paling chanteQ yg pernah saya lukis. grrrrr

mustahil ke tak mustahil?






laundary is the only thing that should be separated by color ~ author unknown


pesanan penaja di musim perayaan



inche petronas meh le hamek saye buat iklan raye. keh keh keh[gelak ape ni?]

Dew Dew Dew





make it better day by day

 make our 'journey' more valuable

Tuesday 2 August 2011

taim-taim puase ni la kite nak puaskan bejalan. ye dak?

jam menunjukkan sudah 01:50 [pagi] alhamdulillah, selamat sudah semangkuk tom tom bak tom yam bersemadi dgn aman dalam perut i. insyaAllah, esok i akan hantar mereka semua ke destinasi percutian menarik iaitu jamban. oh betapa mereka akan menikmati hidup baru di alam sana ye dak? bahagia lettew.

ok, sekiaaannnnn...mukadimah [03:40 pagi]

ok.... tetidoQ [03:53 pagi]

entry sampai sini, babai

ta sukak! jangan paksak!

lahaiiiii. orang asli mane la yg sesat kat blog i ni hah. ok sebelum tu "errrrkkkkkkkk" alhamdulillah, baru lepas bukak puase. i bukak puase dengan [kurma + tembikai + popia = tom yam round ke 2  nanti]. kah kah kah.

sape yg duk rumah kampong? yg memang kampong le, ade tak? ade tak? >>>[lihat polower. grrr] ok, ni i nak cite sikit pasal rumah i, i duk kampung so malam-malam pastinya ada bunyik cengkerik sedang berkaroke, kadang bunyik katak buat latihan vocal dalam bentuk orkestra. ok, u guys got the picture? kembang anak telinge ye dak? kah kah kah. 

ok la, sebenarnye i nak cite pasal cerite semalam a.k.a hari petame puase, pacik i yg duk kat bando balik kampung pade 2 hari lepas, depa balik anak beranak, so sepupu sepapat i ni pon dihangkot balik sekali, sepatutnye depa balik ke rumah depa pade hari pertame puase, iaitu semalam, tapi nak dipendekkan cerite, dalam perjalanan balik, kereta depa rosak, so disebabkan taknak make the grandparents risau, depa terus pakat singgah rumah i, so bukak puase puase pertame semalam agak beramai-ramai jugaklah. jadi disebabkan dapoQ rumah mak i tu keciT so mak i bentang tikaQ kat ruang tamu dan kami semua bukak puase sambil duk bersila. dan seperti biasa la, bila dengar azan berkumandang, kami pun bace doa dan bukak puasa, sedang enak bukak puase tu pastinye keadaan sunyisepi umpame library yg takdak penghuni. tiba-tiba, "ong," "ong" "ong" dan serta merta wajah macik i dan anak2 beliau bak dikejutkan dgn berite the tigers dapat kalahkan arsenak 6-0 hah tak ke rase macam menipu tapi tak pecaye takot keciT hati?. depa sebenarnya tekejot sebab bunyik katak yg tiba-tiba buat latihan vokal kat rumah i, tu yg muka pakat nak cabot lari semua. lahaiiiiii. 

apa yg i nak cakap adalah, kalau i sebagai anak kampung teringin nak duduk kat rumah bando, tapi i terfikir, ada tak budak bando yg nak duduk rumah kampung yg dipenuhi dgn hiburan semula jadik, tak payah langgan astro pon boleh terhibur. kah kah kah. ada tak? 

tajuk tu sebenarnya nak buat entry pasal lain, tapi entry ni pulak yg tegedik-gedik mintak i publishkan.

ok, entry sampai sini, babai sayangggggggssssss >>> [tengok polower sikit. cis!!!]