Friday 14 October 2011

k.a.w.a.n


Dua tahun kita membesar sama-sama jadi anak remaja, dua tahun kita melihat busuk masing-masing dan merasa susah senang nak hadapi SPM sama-sama. Dua tahun kita duduk dalam satu tingkatan yg sama. dua tahun kita duduk sama-sama dalam kelas. Dua tahu sama-sama kita luahkan rasa rindu pada keluarga kalau tak ada yg datang menjenguk di asrama. Dua tahun kita gelak kat tempat duduk kita ketawakan cikgu-cikgu yg berperangai pelik kat mata kita. Dua tahun kita curi-curi tidur dalam kelas sama-sama. Dua tahun kita kongsi makanan dpd kafe ‘mak busuk’. Dua tahun kita sama-sama mengumpat bayu dengan kak ita. Dua tahun aku menghadap muka korang untuk belajar matematik sama-sama sampai nangis-nangis sebelum nak SPM, sb kita tau malam tu malam akhir kau ajar aku matematik, malam tu malam akhir kita tatap buku petak-petak sebagai kakak senior tingkatan 5 yg nak amek SPM.

Sekarang dah hampir 5 tahun kita tinggalkan sekolah, dah hampir 5 tahun kita berpisah jasad. Tapi rasa macam baru semalam kita kena marah sebab tidur dalam kelas, buat-buat period bila kena baca Quran hari jumaat. Rasa macam baru semalam kita ejek ustaz punya baju batik jawa. Rasa macam baru semalam kita curi-curi makan dalam kelas waktu cikgu mengajar. Rasa macam baru semalam kita bertelagah sebab kau ada kawan baik lain. Rasa macam baru semalam kita solat jemaah sama-sama kat surau, rasa macam baru semalam kita turun solat terawikh sb ada ustaz hensem yg imamkan solat, rasa macam baru semalam kita buat salam erat lepas solat, rasa macam baru semalam kita buat ‘duty’ mingguan bersihkan kawasan asrama, rasa macam baru semalam kita sama-sama kena denda baling telur satu papan depan adik-adik form 4. Rasa macam baru semalam kita kena marah dengan cikgu sb kelas kita kotor. Rasa macam baru semalam kita kena marah dengan ustazah sb tak bangun subuh. Hahhahaha. Lucu kan.

Tempoh dua tahun yg tak seberapa jika nak dibandingkan dengan panjang masa 10 tahun aku lalui kat sekolah lama. Tapi tempoh dua tahun tu lah yg buat aku rasa, aku dilayan umpama manusia, yang buat aku rasa dihargai sebagai sahabat. Yang buat aku rasa berteman tak pernah keseorangan. Tempoh dua tahun tu lah yg paling terkesan dalam memori aku.

Untuk bangunan ilmu yg sudah lama aku tinggalkan, untuk insan-insan kamil yg tak pernah jemu mengajar, untuk kawan-kawan yg tak pernah aku lupa ketahuilah betapa kalian pernah mencorak jiwa aku dan diri aku sebagai manusia yg pernah rasa dihargai dalam hidupnya.

No comments:

Post a Comment