Saturday 17 September 2011

atok kepsi


Rumah sewa sem ni aku dapat kat area pusat komersil seksyen 7. Siap atas restoren mamak lagi. Kang malas-malas nak turun beli makan, aku humban je baldi hijau dalam toilet tu mintak mamak tu letak makanan aku kat baldi tu pastu aku tarik naik atas guna tali. Kemain kretip lagi kan. Tu la untung jadi makhluk pemalas ni, ada je idea kretip manjang. Kah kah kah. silalah jeles dengan kebijaksanaan aku sekarang ini. Hahahha. Ok, fine! tak kelakar la bapok.

Sekiannnnnnnnnnn… mukadimah di atas.

Aku bosan, tatau nak buat apa, nak online takdak berokbeng. Yela berokbeng aku telah disekat kerana tak pegi bayar lagi. Ah babis la kannnnn. Nyampah la bila bercerita pasal hutang piutang ni. macam loser gile aku rasa. Ah babi lagi! Ok meh la dengar aku cerita pasal bilik aku kat rumah sewa baru ni.

hmmm ok, rumah ni ada tiga bilik tidur berserta 2 bilik air/bilik mandi/bath room. Aku dapat bilik yg tak attach sekali dengan bilik mandi tak macam rumah sewa lama yg dulu. Tapi tak apa sebab rumah ni bersih, tak macam rumah lama dulu macam cilake sikit, sb bila aku pergi dapur banyak bebeno lipas-lipas yg Berjaya beranak ramai-ramai. Babeng punye lipas! Puuuuiiiihhh!!! So rumah baru ni best sb bersih. Bilik yg aku dapat ni kena duduk 3 orang, so aku agak bersoSIAL la dalam bilik ni. tapi macam biasa la aku kan memang tak berapa nak mesra alam kan, so tak ada la social sangat nye pun. Biasa la baru kenal, aku memang tak pandai nak borak sangat. So aku memang Nampak MACAM baik. Dan aku bangga dengan keadaan ni. kah kah kah. babi la kan… ok, kedudukan ruangan tidur aku pulak bersebelahan dengan tingkap, dan tingkap tu pulak berdepan dengan jalan raya dan shell. so bangun-bangun je tidur, aku umpama seorang repunzel versi debab yg duduk ditepi tingkap sambil mengibar-ngibarkan rambut aku yg dah ghope hantu kak limah baru bangun tidur, sambil cuci mata melihat lelaki-lelaki yg kelihatan hensem dan macho dari jarak jauh. Kah kah kah. sungguh la gigih mencuci mata yg penuh taik mata tu kan. Jadi, aktiviti baru aku kat rumah sewa ni adalah mengintai pelajar-pelajar lelaki dari jendela. Kemain sopan dan santun aktiviti aku kannnnnn. Ahhhh bahagia. Ahahahah. Babi la sangap ke hape! Ah takde boipren biasa lettew, perasaan miang yg tadapat dibendung lagi. So what?! Contohnya tadi, sebangkitnya aku dari tidur jam elok saja menunjukkan pukul 1.05 minit tengah hari, dan aku selak langsir tingkap dengan penuh ghairah utk menyedarkan mata aku yg aku tidak patut utk meneruskan tidur aku lagi, dan aku gagahi mata ini utk meliar mencari jejaka-jejaka yg mampu menyegarkan biji mata aku. Akhirnya mata aku mendarat pada seorang jejaka yg menunggang motor dan dalam pakaian baju T dan berkain pelekat, oh sungguh seksi beliau pada pandangan mataku ini. Ah alangkah bahagianya aku jika beliau adalah kekasih ku. Elok sungguh pekertinya, jam 1:05 petang sudah bergegas ke masjid utk menunaikan solat jumaat dan aku pula baru bangkit dari tidur, oh alangkah secocoknya kami. Ah bahagiakan bila berangan. Selera nak stok-stok yg iman penuh di dada tapi aku ni harapkan dada je penuh semangkuk laksa large set punya. Ah itu semua aset! Aku tak boleh memandang rendah kepada aset ku sendiri.  Oh jauh sungguh melencong cerita aku, ok sambung balik. Hmmm, tingkap aku ni berdepan jugak dengan fast food restaurant, hape lagi kannnnnn kepsi dengan pizza hut la. So tiap-tiap malam tidurku berteman atok kepsi yg sentiasa tersenyum disebelah topi merah pizza hut. Takde hiburan. Bila tengok bawah, penuh dengan kepulan asap-asap shisha.

Ok, entry sampai sini. Babai……………………………………………………………………………………………………….

p/s : saye rindu diri saye yg dulu :-(

No comments:

Post a Comment