Saturday 17 September 2011

kemra besaw dan mulut besaw


entry yg lambat di post. oh sungguh bau kebasian. cet!

Tak sangka dan tak pernah termimpi pun akan dapat bertentang mata dengan Robert Petinson. Apa tah lagi dalam keadaan yg sangat mamai dan penuh mamun! Hah bayangkanlah betapa selekehnya keadaan yg sarat dengan taik mata, air liur yg ala-ala nak kering tapi masih lembab-lembab bak bunga dititisan embun di pagi hari. Tapi, demi Robert petinson aku gagahkan juga mata ni untuk berjaga dari lena utk melihat sejauh mana, yg ini semua bukan lagi mimpi tetapi kenyataan! Reality! Sungguh-sungguh! Betol-betul tak tipu yg Robert petinson betul-betul ada depan mata aku sebab…………………………………………………………………………………………………………..aku tak shut down laptop masa tengok cerita TWILIGHT 15 minit yg lepas dan tak sedar bila aku terlelap. Ah bising dengan suara bella swan yg memekak mengganggu tidoQ aku. Dan aku klik pada butang ‘stop’ di windows media player.  “essol! Ah berambus kaw bella” jerit hati kecil ku.

Ok, sekiannnnnnnnnnnn….mukadimah.

Ok, rasa nak taip entry untuk hari ni. Dewasa kini ramai sungguh yg menggunakan DSLR sbg medium utk menangkap gambaQ. I adalah antara orang yg memiliki DSLR. Dan I bukan nak cerita pasal rasa betapa megah dan terujanya bila dapat memiliki DSLR. TIDAK LANGSUNG! ni Cuma nak cerita tentang betapa DSLR adalah pemangkin kepada beberapa persepsi daripada orang sekeliling. Orang sekeliling yg mempunyai atau tidak mempunyai DSLR. Apakah persepsi yg timbul? Ok mari kita terjah!!!! [gila babeng melodi sungguh ayat ini]

Persepsi 1 : Lelaki yg ada DSLR girl friend mereka pastinya HOTtaik
Ok, persepsi ini wujud adalah terbukti bila mana, salah seorang kawan I telah mengeluarkan ayat “weh, aku bukan apa la, tapi ko perasan tak? Lelaki yg ada kemra beso-beso cenggini [merujuk kpd DSLR] awek dyeorg mesti chanteQ-chanteQ weh, tadenye yg kembang semangkuk macam kita ni” ok, ayat ‘kembang semangkuk macam kita ni’ adalah SANGAT-SANGAT merujuk kepada I dan dia[kawan I yg cakap tu] walaupun agak biadap disitu tapi itulah persepsi yg telah diwujudkan oleh kawan I tu. kah kah kah, kojaQ hang nih cakap kita kembang semangkuk. Kita kembang da taleh nak masuk mangkuk lagi dah. Wakakaakaka. Bila I Tanya kenapa cakap macam tu? dan dia pon cakap la, yela, takdenye la depa ni yg ada kemra besaQ ni nak hamek gambaQ yg tak lawa kan, mestilah yg jadi model utk gambaQ-gambaQ depa haruslah awek yg cun melecun. Dan seharusnya mereka mempunyai awek yg cun itu.

I kata : sayangku, u nak tau tak, sedikit sebanyak I setuju dgn persepsi u tu, sb I ada beberapa orang kenalan lelaki yg mempunyai kemra gedabak ni, dan GF dyeorg memang chanteQ. TAPI, ketahuilah kawanku, pada I, kemra besaQ yg harga beriban ni, kalau tak dapat rakamkan detik-detik yg manis bersama yg tersayang dan hanya dibuat merakam detik-detik gedik  bersama yg terchanteQ maka ianya bukanlah membawa erti apa-apa pon. Tapi dak la kata, tak buleh hamek gambaQ kekasih yg cun melecun tu, tangkap la berapa banyak nak tangkap gambaQ depa, ni Cuma kata-kata seorang I kepada kawan yg sangat-sangat ‘merendah diri’ seperti kawan I itu.

Persepsi 2 : depa ni mesti pandai tangkap gambaQ

Yang ni, I agak biasa dengarlah jugak, ramai je diantara kawan-kawan I yg agak teruja bilamana mereka tahu seseorang itu mempunyai DSLR. Disebabkan kebiasaanya kat Negara kita ni yg ada kemra besaw cenggini adalah daripada kalangan jurugambar yg kita selalu tengok kat melodi yg selalu menyerbu artis-astis yg baru keluar daripada mahkamah syariah, so persepsi ini timbul. Yela, bila kita tengok kat sokkaba [news paper] gambaQ artis baru keluar mahkakmah syariah kan macam ala-ala gila la stylo gambaQ depa ni, sb macam oh-pelis-no camera-pelis. Tak gitu? Tak pun, bila depa tengok orang yg heret DSLR kemana-mana ni kan mereka kelihatan seperti i-baru-habes-potoshut-ni. kan ke sesi potoshut tu agak stylo bila disebut. Lagi satu, taim nak hamek gambaQ ramai-ramai, kawan-kawan mesti kata, “ok hang tangkap la gambaQ kami, sb hang ada DSLR mesti gambaQ hang tangkap chanteQ gila babis”.

Ni pengalaman I, ada satu hari, I dgn kawan I pergi bercuti, then kami pergi jalan-jalan kat pantai, ada lah sekumpulan remaja lain yg bersiar-siar dipantai waktu tu, dan depa duk sibuk tangkap gambaQ, sama lah macam kami. Salah sorang daripada depa tu, ada kemra DSLR then kawan I pon tiba-tiba bisik kat I : “hah u tengok tu, mesti dia memang pandai tangkap gambaQ, siap letak kemra kat atas peha nak tangkap gambaQ”

I kata : oh kamon men! Kalau dah ada kemra mesti lah kita nak cuba pelbagai gaya dan sudut utk dapatkan gambaQ yg menarik. Dan tak perlu tunggu hang ada kemra besaQ nak bagi hang pandai tangkap gambaQ, sb ada ja pemilik DSLR ni tangkap gambaQ kadang-kadang tak jadi. Salah sorangnya, i. wakakakaka. Pada I, semua orang pandai tangkap gambaQ, semua orang! Sebab tangkap gambaQ ni la benda paling senang. hang tekan ja punat apatataulahnamadia tu. klik! Then dapatlah gambaQ yg hang tangkap tu. TAPI, tak semua orang bertuah utk mendapatkan gambaQ-gambaQ yg chanteQ, beremosi dan apa-apalah lagi yg menunjukkan betapa berseninya gambaQ yg diambil oleh seseorang tu. tak semua orang dapat menghasilkan gambaQ yg boleh membuat orang yg menatapnya terpesona. setiap manusia pandangan mereka berbeza, sb tu kadang-kadang ada orang tangkap gambaQ burung tengah makan dan hasilnya Nampak biasa ja, tapi ada orang lain tangkap gambaQ burung sedang makan hasilnya pula Nampak menarik dan mampu menghuraikan seribu satu makna disebalik sekeping gambaQ. Apa pun, jangan gibab okeh utk dapatkan gambaQ yg menarik.

ok, I ada sorang kawan yg berbakat dalam menangkap gambaQ yg menarik dan chanteQ. TAPI dia takdak kemra besaQ ni, dia selalu pinjam I punya kemra, so kat sini dah buleh Nampak yg, semua orang pandai ja nak tangkap gambaQ, tapi utk menghasilkan gambaQ yg chanteQ dan bermakna tu tak semua orang ada bakat cenggitu dan tak semestinya, hang ada kemra besaQ hang memang orang yg pandai tangkap gambaQ. Tapi apa pun, minat tu yg penting. Dan lagi satu, memanglah kemra cenggini ada beg khas dia, selalunya memang agak stylo bila digayakan. Kah kah kah. So pelissssssssssssss jgn kata “ah gaya nak menunjuk ada kemra besaQ ja lebih”. Or else, I’ll show u my middle finger! Watcha!!!

Kpd kawanku : sayangku, u tak perlu risau ok tentang kecantikan gambaQ, momento kita bersama ja sudah cukup utk menjadikan gambaQ tu penuh makna. Yg penting, setiap kali nak haplod kat pesbuk, haruslah menghaplod gambaQ kita yg Nampak kurus. Wakakakaka.

Persepsi 3 : gambaQ dpd kemra besaQ pastinya lebih menarik!

A : weh tolong tangkap gambaQ kami *sambil menghulurkan kemra kompek kpd C*
B : weh hang ada kemra DSLR kan? hang tangkap lah guna kemra tu, lagi style doh
C : errrr…ek?

I kata : apekehey nye yob? Kalau si kawan yg tangkap gambaQ tu tangan duk terketaQ-ketaQ macam kena Pakinsen hang tangkap gambaQ guna kemra harga beriban camna sekali pon gambaQ hang tetap macam ju-on okeh.



Ok, tau-tau je da panjang lebaQ I taip. Entry tak best ni sampai sini, babai.

p/s : waktu sahur yg sedang terdengar abang dgn kakak ipaQ I bergurau senda. Hak eleh. Cet!

No comments:

Post a Comment