Sunday 31 July 2011

oh kucingtaik

Kucing. Kucing adalah seekor haiwan yg berkaki empat, bertelinga capang seperti nabil, berhidung kecil, takdak lubang hidung yg besaw, berekor, serta bermisai seperti nak taknak je ade misai. Ye itulah kucing.
Jika ditanya kepada kaum perempuan, adakah mereka sukakan kucing? Pastinya jawapan yg diterima kebanyakannya lebih kearah “sukakan kucing sepenuh hati, jiwa dan raga”. Ye betapa comelnya perempuan-perempuan dan wanita-wanita yg sangat sukakan kucing ini. 

Akan tetapi, sekiranya ditanyakan kepada kaum lelaki pula, sama ada mereka sukakan kucing atau tidak, pastinya, rata-rata jawapan yg diberikan adalah memihak kepada “sukakan kucing. dan ianya melambangkan seseorang itu penyayang” ye, bagi perempuan-perempuan pula menganggap jawapan mereka ini adalah sesuatu yg harus dibanggakan kerana dalam imaginasi mereka, lelaki yg sukakan kucing adalah lelaki yg penyayang. Ye, sememangnya itu benar. Tetapi sejauh manakah kebenaran jawapan mereka? Hah itu yg kita tatau! Mungkin mereka hanya ingin kelihatan spt seorang yg penyayang, padahal bila mereka bersendirian dgn kucing mereka letakkan kucing mereka ke dalam mesin basuh, dengan alasan, ingin membuat eksperimen. Eksperimen ape? Hah itu yg kita tatau! Selain itu, mungkin juga mereka meluahkan rasa kasih dan sayang mereka terhadap kucing dgn cara menarik ekor kucing tersebut sambil membuat pusingan 360° dgn alasan, “kucing itu akan lebih gembira dgn aktiviti spt itu” padahal kucing itu boleh jadi mengalami sindrom kecacatan otak yg berterusan krn terlalu pening. [gurauan semate-mate] hak hak hak

Baiklah, kalaw tanya I, adakah cik saloma sukakan kucing? oh tentu sekali jawapan I : “I suka tengok kucing tapi I takot pegang kucing”. ye itulah jawapan i. suka hati hampa la kalaw nak melemparkan tuduhan yg I ni manusia yg bengis, takdak sipat penyayang, atau apa saja. I terima sb I sayang u ollllsssss[tengok sikit pada jumlah polower cik saloma] hak hak hak. Ok lah, melihatkan pada jumlah follower yg begitu RAMAI marilah I ceritakan serba sedikit sebab musabab kenapa I takot kucing.

Pada zaman dahulu kale yg takdak kale stabilo tapi hanya ada kale luna, I adalah seorang kanak-kanak yg sangat riang-ria-di-aidilfitri. I duduk di sebuah rumah yg dipenuhi dgn cahaya keceriaan. Semua yg ada dalam rumah tersebut adalah manusia. Tiada binatang. Hinggalah pada suatu hari, datang seekor kucing besaw yg hentah tatau asal-usulnya dari mana, telah sedap landing di laluan penghubung antara dapur dgn ruang tamu di rumah i. disebabkan I nak melantak carik makanan di dapoQ, I yg ketika itu berada diruang tamu, telah membuat keputusan utk ke dapoQ dgn niat utk perabeh segala makanan yg ada di dapoQ sb i lapaQ. Dgn perot yg berkeroncong dan ditemani hati yg riang, I pon melangkah ke dapoQ dgn gembiranya utk mendapatkan makanan, namun, kusangka panas sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kusangka langkahku lancar rupanya ada ekor yg kupijak! Dgn segale kudrat yg ade kucing yg tengah sedap duk landing kat lantai tu pon me’rrrraaaaaaawwwwwwwrrrrrrrr’ kesakitan dan beliau telah menghadiahkan I beberape calit cakaran padu di kaki i. sejak itu, I nekad utk tidak menyentuh kucing lebih-lebih lagi anak kucing yg keciT-keciT tu. eeeeeeeeeeeeeeeee aku geli.

Masa kat sekolah pulak, kawan-kawan I semua menunjukkan sikap “sayangkan kucing dibelai-belaikan. Sayangkan kawan didengki-dengkikan”. Hah begitulah sikap kawan-kawan i. pada awalnya, I rasa biasa ja bila ada kucing yg berkeliaran dikawasan sekolah selagi dia tak ganggu i. tapi disebabkan kawan-kawan I ni yg taksub dgn kucing, bila jumpa kucing ja mesti nak hamek, mesti nak peluk-peluk, mesti nak dukung-dukung. Haaaiiilaaaa…..tapaham. grrrrrr.. mula-mula depa tatau pon I ni takot kucing, tapi secara tiba-tiba depa terbagi kucing tu pada I, dan I pulak macam lipat-maut-nak-bukak-langkah-silat-sambil-muke-duk-nak-buat-kememeh-nak-nangis-tapi-tahankan ja. Tu yg makin lagi galak depa kacaw. Tapi sumpah, masa tu memang takot macam tahap nak masok dewan hamek peksa UPSR, kecot perot. Yg lain duk pakat gelak-gelakkan i. haaaiiilaaaa….tapaham! tapi naseb ade kawan yg bersuara dan berkata “weh dah la. Kesian dye.nanti dye nangis.” Pastu baru depa benti kacaw i. ni masa zaman-zaman sekolah rendah.

Tapi walau apa pun yg telah kucing itu pernah lakukan terhadap I, I tetap ada rasa kasih dan sayang utk depa. Kalaw tengok depa datang rumah I dengan muka macam nak mintak kaki sekalipun, I tetap balingkan depa taik-taik ikan bilis, kepala-kepala ikan atau apa saja yg boleh depa makan. I akan bagi. insyaAllah.

Kepada anda-anda yg gemar mendera haiwan ghentikan le. Buat apa hampa nak sakitkan dyeorg >>> [dyebinatang] takdak rugi pon hampa buat baik kat depa. Manatau kat “SANA” nanti dengan kebaikan yg hampa penah buat kat depa kat dunia ni, depa boleh tolong hampa jalan lancar kat atas “TU”. fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Ok, setelah apa yg I ceritakan pada u olllsss, u olllsss masih nak cakap yg I ni takdak sipat kasih sayang ke? Oh terimalah I seadanya. Hak hak hak.

Ok, entry sampai sini, babai.

gambaQ mintak kat pacik google.



No comments:

Post a Comment