Thursday 5 April 2012

entry selepas selesai mandi

salam.

sedang beta menonton drama korea selepas pulang dpd kelas, beta terlena secara tak sengaja dan barangkali beta seperti sleeping beauty ketika beta terlena tu. ye, siapa tahu jika kebarangkalian itu tinggi sekali ye.hmmm tak perlu diragui lagi tentang ketampanan beta ketika tidur. hmmm :-)

ok. sekiaaaannnnnnn mukadimah.

selepas tersedar dpd lena tu, beta terus la konon2 nak turn off beta punya laptop, tapi sempat juga beta menjeling ke pesbuk beta yg belum ter-sign out tu lagi, beta lihat ada senaskhah msg di inbox pesbuk beta, tanpa melengahkan masa beta pon cek la msg tersebut. hmmmmmm rupanya dpd sahabat beta yg dah lama beta tak hubungi. dan.............. msgnye berbunyi seumpama ingin menyatakan yg beta sudah lupa asal-usul dan tidak mngenangkan kawan-kawan lama apabila beta sudah ditempat baru dan bersama kenalan2 baru. hmmmmmmm. bayangkan la beta yg sedang mamai2 tu tiba-tiba kena menghadapi msg spt itu. haruslah beta tak berasa apa-apa. bak kata org kira beta rasa macam tak rasa pape la. sb beta sedang mamai. tapi beta reply jugak msg kawan tu, beta mintak maaf apa semua la, sb memang salah beta pun yg sambil lewa bila dapat msg/miskol beta tak reply/call back. beta memang jenis begini. puuuuiiihhhhhh kpd perangai beta yg satu ni. buhsuuuuuuuk punye perangai. cet! *ok puas hati? puas hati setelah beta memaki hamun diri sendiri?

hmmmm. lepas beta reply msg kawan tu, beta pun pergilah mandi sb petang ni sangat-sangat panassssssssss ye tuan-tuan dan puan-puan. menggelegak beta rasa bahangnya. *ok tipu, beta cuma melebih-lebih saje. mohon jgn lurus bendul sangat ye :-)

lepas beta siap mandi tu, dalam keadaan betul dan kurang mereng, tiba-tiba beta terfikir, betul ke beta dah lupa daratan? betul ke beta dah lupekan kawan-kawan lama beta? betul ke beta dah berubah ke arah perangai yg sangat choooooyyyyyy? ok bermacam-macam persoalan yg mengganggu otak beta yg tak berapa nak cergas selepas baru bangun tidur ni. hmmmmmmm.

ok, lepas letih berfikir, beta dapat jawapan kpd semua persoalan yg timbul tu. hmmmmmm beta rasa, beta bukanla tak ingat kawan, cuma beta nak mulakan buku baru, nak solek sikit perangai-perangai yg tak best kpd best *kot* so bila kat tempat baru dan berada dipersekitaran baru beta berasa lebih mudah utk berubah walaupun tak banyak, tapi beta cuba. tapi bila beta nak kena kembali ke kancah dunia yg dulu utk berjumpa dgn org-org yg dulu pada masa yg belum sesuai dan beta sendiri belum bersedia, beta rasa lebih baik beta buat satu-satu perkara bagi selesai dulu. beta tak nafikan yg kadang-kadang beta lebih selesa utk berada di persekitaran baru.

p/s : awak pun bersalah jugak, setiap kali kita keluar, setiap kali kita sedang berbicara tentang dunia kita, awak tak pandang saya, awak tak beri perhatian pada saya, sb awak leka main msg dgn boipren awak 24/7. bila keluar jalan-jalan awak lebih suka jawab panggilan dpd boipren awak berbanding berbicara dgn saya. saya bosan utk berasa spt 'FOREVER ALONE' setiap kali bersama dgn awak. u make me feel like a loser sb saya takdak boipren dan awak pula duk berkepit dgn boipren 24jam. hmmmmmmm, masih salah sayakah sepenuhnya, kawan?

kawan...............
matlamat kita mungkin berbeza, tapi kita tetap kawan.

No comments:

Post a Comment