Wednesday 28 December 2011

entry sebelum exam start

wooooh..fuuuh. lega segala keje sekolah, segale presentation, segale test, dan segale kelas dah habis walaupun depa duk langgaQ kami punye study week. pulun utk exam pulak lepas ni. inshaAllah, kita usaha dan Allah akan aturkan segala-galanya utk kita. ape pun teruskan usaha.


sekian...........................mukadimah.

banyak benda jadi waktu-waktu genting nak habis semester ni. konflik dgn manusia dalam kerja grup jangan katalah kan spt harus dan wajiblah dalam kumpulan kerja mesti nak ada konflik. kalau waktu diploma dulu haruslah kupandang surius tahap gaban bila ber-konflik. hahahah yelah waktu tu waktu kanak-kanak ribena boleh la nak layan segala kesentapan di hati. tapi sekarang dah besaQ tagun takan nak layan jugak kan ye dak? haruslah stone kan hati jiwa dan raga. ayaQ muka haruslah sesejuk dan sebeku ais dalam freezer. tayah nak suam-suam kuku sangat lah kan. hahaha. sile berpuas hati ye cik saloma krn anda berjaya tidak melayan perasaan baran pada semester ini. Alhamdulillah. terima kasih Tuhan sb pinjamkan saye kesabaran ini.

dalam semester ni dua kali je pernah jejak kampung halaman. sb bizi. hahaha haruslah ayat aku berbunyi satu penyeksaan dalam rindu dendam kannnnn.  rindu kat mak memanglah rindu gile, rindu separuh mati. oh man! sungguh weh aku rindu kat mak aku. rindu kakak aku, rindu adik aku, rindu mak long aku, rindu nenek aku, rindu atok aku. wooooooh RINDU BANGAT! tapi kalau aku balik nanti kerja sekolah tak siap. nanti cuti sem ayana balik ok.

ok, aku rasa keadaan emosi aku stabil kot utk sem ni berbanding sem lepas. Alhamdulillah dan terima kasih Tuhan krn pinjamkan saye ketenangan ni :-)
tapi yg buat aku susah hati adalah adik aku. semester ni, semester pertama utk dia, dan yg aku pelik sangat dia kerap SANGAT-SANGAT balik rumah. aku risau sb dia balik mungkin sb dia tak selesa kat tempat baru. selalu aku baca status dia kat FB mcm dia belum selesa kat tempat tu. ok, aku sangat risau.

kawan aku, ezza dah berjaya dirisik orang. wooooo bestnye! hahahah. oh honey, nampaknya u dulu lah kawen kannnnn. hahahha. i'm happy for u dear. excited sangat. tapi......... lepas ni tak ada lagi percutian bersama-sama macam dulu kan. sedih :-( tapi i harap u bahagia dgn jodoh u. inshaAllah. i nak anak buah chumel-chumel k. jyeah! yukenduitbebeh! hahaha.

paper aku start 6/1/2012 sampai 16/1/2012. semoga aku, kawan-kawan aku dapat jawab dengan senang. amin. 

ok. entry sampai sini dan...........saye rindu TERTA! rindu separuh nyawe.

g lah kawen sane!

2 comments: